Utama

Sejarah Muzium Padi


Kedah ialah negeri yang tertua di Malaysia, dengan sejarah yang bermula sejak kurun ke-5 SM. Berkeluasan 9,425 km persegi dan terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia serta bersempadan dengan Negeri Thai, negeri ini merupakan pengeluar beras utama negara. Kedah ialah lokasi bagi Taman Geo Global yang pertama di Asia serta pulau peranginan popular, Langkawi, di mana anda boleh menikmati hari-hari yang penuh santai di tepi pantai, bersnorkel di taman marin atau melihat hidupan liar di hutan paya bakau. Tarikan lain di negeri ini antaranya Muzium Padi.

Muzium Padi terletak di Gunung Keriang, 8km dari Bandaraya Alor Setar. Telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1425.
Bangunan yang berbentuk gemai padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan di sekelilingnya.
Muzium yang berlatar belakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hamparan hijau, jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak.
Tujuan utama muzium ini dibina ialah bagi mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi.
Keluasan keseluruhan Muzium Padi ini ialah 12,000 meter persegi dan mempunyai tiga aras.
Muzium Padi ialah sebuah muzium di Gunung Keriang, daerah Alor Star. Muzium ini menerangkan kegiatan penanaman and penuaian padi di negeri Kedah, yang juga dikenali sebagai "Jelapang Padi Malaysia" dan turut juga menjalankan penyelidikan ke atas tanaman padi.
Kegiatan kebudayaan seperti permainan kampung tradisi, membuat dan bermain layang-layang, serta permainan gasing juga dipertunjukkan kepada para pelawat. Muzium padi ini terletak di bawah kelolaan Perbadanan Muzium Negeri Kedah, dan dibangunkan sebagai salah satu kawasan tarikan pelancong. Muzium ini terbahagi kepada 2 tingkat ruang pameran dan satu tingkat ke atas tempat lakaran pemandangan Bukit Keriang
Muzium Padi ialah sebuah muzium di Gunung Keriang, daerah Alor Star. Muzium ini menerangkan kegiatan penanaman and penuaian padi di negeri Kedah dan pelbagai peralatan yang digunakan sejak bertahun lamanya. Ia juga menjalankan penyelidikan ke atas tanaman padi. Ini adalah muzium padi pertama di Malaysia, dan yang keempat dibuka di dunia setelah Jepun, Jerman dan Filipina.

Kegiatan kebudayaan seperti permainan kampung tradisi, membuat dan bermain layang-layang, serta permainan gasing juga dipertunjukkan kepada para pelawat. Terdapat juga mural padi, yang dihasilkan oleh 60 pelukis dari Korea Utara, menunjukkan sejarah penanaman padi di Malaysia.
Muzium padi ini terletak di bawah kelolaan Perbadanan Muzium Negeri Kedah, dan dibangunkan sebagai salah satu kawasan tarikan pelancong. Muzium ini terbahagi kepada 2 tingkat ruang pameran dan satu tingkat ke atas tempat lakaran pemandangan Bukit Keriang. Bangunan ini mempunyai senibina yang unik dengan gambaran seperti padi yang telah dituai. Motif padi turut digunakan di seluruh bangunan muzium ini, di tangga, pintu masuk muzium dan pagar mengelilingi kawasan ini.

Pembinaan Muzium Padi ini sebagai menghormati aktiviti penanaman padi yang menyumbang kepada sejarah dan sosio ekonomi penduduk di Kedah khasnya dan Malaysia amnya.



Created with Artisteer

0 comments:

Post a Comment